Friday, July 4, 2014

Etika Memandu di Jalan Raya

Menjadi pemandu di jalan raya yang sesak mempunyai cabaran yang sangat banyak. Tidak kiralah ketika cuaca sedang panas terik ke, mendung, hujan, ribut dan sebagainya, memandu adalah satu cabaran. Hal ini kerana, jalan raya dipenuhi dengan pemandu-pemandu yang mempunyai pelbagai sikap. Pelbagai faktor yang telah dikenalpasti yang menyebabkan kemalangan jalan raya. Salah satu faktor terpenting adalah berkaitan dengan sikap pemandu-pemandu. Kemalangan senang berlaku apabila jalan raya dikelilingi dengan pemandu-pemandu yang mempunyai sikap negatif. Sebagi contoh, panas baran, suka memecut, mabuk dan menunjuk-nunjuk, Oleh itu, pemandu - pemandu haruslah mempunyai etika yang baik untuk mengelakkan serta mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.



Antara etika yang perlu dipraktikkan oleh pemandu :

a) Pemandu haruslah memiliki sifat positif seperti hormat-menghormati antara satu sama lain, bertimbangrasa, dan cermat.

b)Memandu secara bertanggungjawab dan bersopan.

c)Menjadi contoh dan teladan kepada pemandu lain.

d)Dapat mengawal emosi dan perasaan ketika memandu.

e) Memandu dalam keadaan yang tenang.

f) Tidak mudah marah atau tersinggung  apabila pemandu lain bertindak negatif.

No comments:

Post a Comment