Friday, July 4, 2014

Lampu Isyarat Merah



INGAT  ! LAMPU ISYARAT MERAH BERMAKSUD BERHENTI !

Kepentingan Mematuhi Papan Tanda Jalan Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca,

Kali ini saya nak buat artikel pasal papan tanda jalan raya. Papan tanda jalan raya amatlah penting dan merupakan salah satu objek wajib ada di jalan raya . Kalau tidak pernah tengok papan tanda jalan raya (rasa macam luarbiasa jika tidak pernah melihat papan tanda jalan raya ), inilah gambarnya :


Banyak bukan ?

Papan tanda jalan raya semakin lama semakin dipandang remeh oleh para pengguna jalan raya. Alasan seperti 'sudah biasa dengan jalan ini' dianggap sebagai alasan yang kukuh walaupun realitinya tidak.  Terdapat pelbagai kemalangan berlaku akibat sikap pengguna yang tidak mematuhi papan tanda jalan raya.Terlanggar kanak- kanak yang melintas di kawasan sekolah dan membuat pusingan U di tempat yang salah merupakan antara kesalahan dan kemalangan yang berlaku akibat tidak mematuhi papan tanda jalan raya.Pengguna jalan raya haruslah sedar bahawa papan tanda jalan raya mempunyai pelbagai manfaat dan kepentingan . 




Antara kepentingan mematuhi papan tanda jalan raya ialah :


  1. Dapat mengelakkan kemalangan jalan raya daripada berlaku. Hal ini kerana, apabila pengguna jalan raya mematuhi papan tanda jalan raya, kemalangan dapat dielakkan kerana pemandu-pemandu memandu mengikut syarat dan amaran yang diberikan. Sebagai contoh, jika seseorang itu memandu mengikut had laju yang telah ditetapkan, maka kemalangan yang melibatkan had laju melampau dapat dielakkan.
  2. Nyawa manusia yang tidak bersalah tidak tergadai begitu sahaja. Menurut kajian yang dilakukan, banyak kes yang meragut nyawa berlaku di antara pemandu dan pejalan-pejalan kaki. Jika semua pengguna jalan raya mematuhi papan tanda jalan raya , sudah pasti kemalangan-kemalangan sebegitu dapat dielakkan.
  3. Imej negara dapat dipertingkatkan. Kebanyakan kes kemalangan berlaku akibat daripada etika pemandu-pemandu yang tidak bertanggungjawab. Apabila pemandu mematuhi papan tanda jalan raya, maka kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Oleh itu, apabila kadar kemalangan sesebuah negara adalah rendah, negara itu akan menjadi contoh dan teladan bagi negara lain. Negara lain juga akan memandang tinggi sesebuah negara yang mempunya kadar kemalangan yang sangat rendah.
  4. Keharmonian masyarakat dapat dipelihara. Apabila suasana jalan raya berada dalam keadaan terkawal dan kemalangan akibat pemandu yang tidak bertanggungjawab yang tidak mematuhi papan tanda jalan raya, masyarakat akan jadi lebih selesa dan selamat untuk menggunakan jalan raya sama ada dengan memandu, berbasikal mahupun berjalan kaki.Masyarakat dapat kunjung-mengujungi anatar satu sama lain serta merapatkan silaturahim antara keluarga dan kenalan tanpa sebarang kebimbangan .

Pentingnya Tali Pinggang Keledar


Renung-renungkanlah

Katakan TIDAK Kepada ALKOHOL Ketika Ingin Memandu




Pengguna jalan raya dinasihatkan  supaya tidak mengambil alkohol ketika memandu di jalan raya.Hal ini kerana, alkohol mampu mengurangkan konsentrasi pemandu ketika memandu serta mampu melemahkan daya pertimbangan dan pemikiran akal.


Mengikut statistik yang telah dibuat, kemalangan yang berpunca daripada pemandu yang mabuk dan kehilang kewarasan oleh disebabkan mengambil alkohol semakin meningkat. Oleh itu , pemandu haruslah Katakan TIDAK Kepada ALKOHOL Ketika Ingin Memandu !

Kalau tidak ......


INI MUNGKIN BERLAKU !

Etika Memandu di Jalan Raya

Menjadi pemandu di jalan raya yang sesak mempunyai cabaran yang sangat banyak. Tidak kiralah ketika cuaca sedang panas terik ke, mendung, hujan, ribut dan sebagainya, memandu adalah satu cabaran. Hal ini kerana, jalan raya dipenuhi dengan pemandu-pemandu yang mempunyai pelbagai sikap. Pelbagai faktor yang telah dikenalpasti yang menyebabkan kemalangan jalan raya. Salah satu faktor terpenting adalah berkaitan dengan sikap pemandu-pemandu. Kemalangan senang berlaku apabila jalan raya dikelilingi dengan pemandu-pemandu yang mempunyai sikap negatif. Sebagi contoh, panas baran, suka memecut, mabuk dan menunjuk-nunjuk, Oleh itu, pemandu - pemandu haruslah mempunyai etika yang baik untuk mengelakkan serta mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.



Antara etika yang perlu dipraktikkan oleh pemandu :

a) Pemandu haruslah memiliki sifat positif seperti hormat-menghormati antara satu sama lain, bertimbangrasa, dan cermat.

b)Memandu secara bertanggungjawab dan bersopan.

c)Menjadi contoh dan teladan kepada pemandu lain.

d)Dapat mengawal emosi dan perasaan ketika memandu.

e) Memandu dalam keadaan yang tenang.

f) Tidak mudah marah atau tersinggung  apabila pemandu lain bertindak negatif.